Friday, October 24, 2008

TUAH….

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia berusia 29 tahun telah mengharungi pelbagai masalah ketika saingan di China dua tahun lepas di mana dia berhadapan dengan masalah yang paling sukar. Disebabkan banyak pengalaman pahit di Litar Zhuhai, Ahmad Fuad amat berharap dia tidak lagi dibelenggu nasib malang sebaliknya meraih keputusan positif dalam memperkukuhkan lagi posisinya dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan.

Fuad percaya tahun ini adalah peluangnya untuk meraih gelaran juara SuperSports 600cc dan berikrar akan berusaha keras untuk mencapai sasarannya. Segalanya seakan terarah kepada beliau dan beliau tidak harus melepaskan peluang ini tercicir lagi.

Beliau perlu berusaha dan mempertingkatkan tahap kecergasan selepas dua bulan berehat panjang pada Ramadhan dan Syawal lalu. Fuad perlukan kecergasan fizikal bagi memastikan beliau cukup bersedia untuk memberi tentangan kepada pencabar utama beliau Hamaguchi.

Perhatian sepenuhnya perlu diberikan bagi melakukan tugas dengan sempurna dan berusaha meraih lebih banyak mata kejuaraan. aSemoga dengan penggunaan jentera Yamaha R6 2008 segalanya akan berjalan lancar untuk keputusan yang terbaik di Litar Antarabangsa Zhuhai.

Sunday, October 19, 2008

1,001 macam alasan....

Jurulatih Sierra Leone dikatakan tidak tertarik langsung dengan empat jaringan yang mengesahkan tiket untuk anak-anak buah B. Sathianathan ke separuh akhir Pestabola Merdeka Ke-40, beliau tidak mahu mengakui Malaysia bagus serba-serbi.... ini dapat menyifatkan kemenangan skuad negara banyak dibantu oleh tahap kecergasan tinggi, keadaan pemain yang bagus dan kejayaan memanfaatkan kepenatan lawan serta mencipta banyak peluang tanpa mahu mempedulikan usia pemain Sierra Leone yang bukan tandingan sepadan.

Sebenarnya sukar untuk mencari dan menarik pasukan yang betul-betul handal ke Pestabola tetapi sekurang-kurangnya sesebuah kejohanan seperti ini lebih baik demi persediaan sebuah pasukan kebangsaan daripada cuma bermain banyak perlawanan persahabatan.

Cuma saya tidak berpuas hati dengan segelintir pemain yang diharapkan manakala Sierra Leone terutama penjaga golnya (Jalloh) bermain bagus dan mereka bermain baik dalam babak pertama. Jika tanpa pengalaman pemain senior kita, agak sukar juga kami untuk menjaringkan gol.

Dengan tiket separuh akhir dalam genggaman, kini perlu berkira-kira pula untuk mempertaruhkan barisan kedua Malaysia apabila menghadapi Afghanistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, tanpa niat untuk memperkecilkan kemampuan lawan yang dilatih.

Monday, October 6, 2008

Cabaran buat atlit olahraga kita

Cabaran kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dari Majlis Sukan Negara (MSN) untuk bangkit segera mengembalikan detik gemilang acara olahraga di rantau Asean supaya kembali memburu gemilang yang semakin pudar.

Kita mengharapkan supaya kegemilangan olahraga negara yang sudah hilang kembali direbut semula dengan Sukan Sea Laos akan datang.... Dengan itu, KOAM perlu memastikan mereka menjalankan program latihan dan persediaan atlit yang lebih berkesan bagi melahirkan atlit negara yang bermutu termasuk menyediakan jurulatih yang mampu mencipta juara untuk negara kita. Kita perlu yakin menerusi program latihan untuk atlit dan pelapis, sasaran Negara akan mampu tercapai. olahraga di Sukan Sea perlu diceriakan kembali menerusi kejayaan mencipta rekod baru melalui pingat yang diraih. MALAYSIA BOLEH.......

Sunday, September 21, 2008

off topic- 1000 kemaafan kupohon..


selamat menjalani ibadah perpuasa dan selamat menyambut hari raya yang tinggal berapa hari sahaja lagi. maaf di pohon pada kengkawan begitu juga pensyarah. diharap kita semua sukses selalu....kan kan kan......

Thursday, September 18, 2008

Semangat baru Ronaldo

Selepas pemain sayap Cristiano Ronaldo itu diterima kembali ke dalam skuad Manchester United dengan tangan terbuka tapi menegaskan ia masih satu permintaan yang keterlaluan untuk mengharapkan Ronaldo bermula dalam kesebelasan utama berdepan Chelsea.Kerisauan penyokong United akan mengutuk pemain Portugal itu gara-gara keinginannya berpindah ke Real Madrid penghujung musim lalu. Dan aksinya pada setengah jam terakhir ketika berdepan Villarreal, membuktikan dia masih bernafsu menggugat benteng lawan.

Tetapi tidak dapat dinafikan, barisan serangan United bertambah tajam apabila dia dimasukkan, aksi bertenaganya mengejutkan kerana sejak pembedahan buku lali sekembalinya dari Euro 2008.Ia adalah perlawanan pertama untuknya, walaupun sukar tetapi dia membuktikan kemampuan dan melakukannya dengan baik.

Wednesday, September 10, 2008

Kepuasan dalam bersukan.....

Kejohanan paintball mencipta sejarah tersendiri apabila banyak pasukan mangambil bahagian. Sukan paintball semakin mendapat tempat di jiwa belia masa kini...Walaupun dari pelbagai peringkat umur dan bangsa ini membuktikan bahawa elemen perpaduan telah berjaya diterapkan ke dalam jiwa belia melalui sukan. Paling menarik ialah penglibatan kaum wanita sebagai peserta dalam kejohanan ini membuktikan bahawa perbezaan jantina bukan halangan dalam sukan paintball yang pentingnya kepuasan dalam permainan ini.....

Walaupun sukan ini agak mahal belanjanya jika ingin bermain tetapi itu bukan penghalang bagi yang betul-betul berminat. Permainan ini boleh membuatkan seseorang itu jatuh cinta kerana sukan ini menguji banyak aspek dalam diri termasuk lah semangat sepasukan dan mencabar. Dengan itu, pendedahan yang dilakukan sukan ini dapat memajukan lagi sukan ini. Permainannya memang seronok, ala-ala perang memang best kerana menguji tahap kebijaksanaan, peka pada persekitaran. Kalaulah sukan paintball ini diselitkan dalam sukan antara fakulti (SAF) akan datang mesti gempak kan..........

Thursday, September 4, 2008

Apa Ada Dengan Cinta bagi Chong Wei............

Penangan merangkul pingat perak tidak kurang hebatnya buat jaguh badminton negara, Lee Chong Wei. Selepas menerima habuan RM300,000 dan pencen seumur hidup RM3,000, Chong Wei didatangi pula pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk kepadanya oleh kerajaan Pulau Pinang. Dia dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai masa depan, sama ada mengenai karier mahu pun yang berbentuk peribadi.

Kata orang wang itu boleh digunakan untuk kahwin tapi bila agaknya Chong Wei bersedia untuk menamatkan zaman bujang dia kan…. Persoalan bila dia akan berkahwin dan adakah Wong Mew Choo menjadi pilihan hati chong wei. CHONG WEI masih mengaku dirinya masih muda dan belum terfikir untuk berkahwin. Chong Wei lebih mementingkan karier yang sedang naik dan sibuk dengan latihan serta kejohanan. Bagi beliau lebih baik dia buru kejuaraan yang belum pernah dia menang daripada buru ‘cinta’….//??

Tapi memang patut pun lelaki mementingkan karier dan masa depannya kerana apa yang ada di fikiran beliau ketika ini hanya badminton…… badminton dan badminton……..walaupun bukan jatuh cinta dengan wanita, Chong Wei sebenarnya sudah jatuh cinta dengan kariernya iaitu badminton…..mungkin badminton ni cinta pandang pertamanya kot……

Wednesday, August 27, 2008

seksual menganggu sukan!!

Kita patut memuji tindakan berani atlet-atlet wanita kebangsaan yang tampil membuat pendedahan salah laku moral seorang pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Hal ini, badan yang berkaitan perlu peka dan mengambil tindakan segera terhadap aduan atlet tersebut. Tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat perlu diambil supaya kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

Langkah-langkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga nama baik institusi sukan dan akhlak manusia di negara ini. Kita tidak mahu negara ini berlaku perkara seperti ini. MALU.... yang akan dilabelkan pada negara kita jika kegiatan seperti ini terjadi. Kita mahu negara ini kelak diwakili oleh pegawai dan atlet yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara.

Kita berharap dapat mengesan siapa yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka pengadilan dengan segera. Kita berharap agar atlet terutama perempuan tidak mengalami nasib seperti itu. Jangan sampai pisang berbuah dua kali…masalah seperti ini tidak mungkin berulang lagi pada masa depan.

Thursday, August 14, 2008

Sukan Bertemu Fesyen

Dahulu,menonton apa saja jenis sukan mata tertumpu kepada permainan termasuk aksi-aksi menarik yang ditampilkan atlet sehingga peroleh kemenangan. Tiada tarikan lain yang mampu menarik perhatian apatah lagi yang memakai pakaian yang serupa. Sebabitu apabila muncul kelainan ia manjadi bualan hangat. Tidak ketinggalan daripada segi gaya erpakaian mereka.

Dan kini, atlet bukan sahaja menjadi sebutan kerana kepantasan beraksi di padang tetapi turut diperkatakan dengan gaya yang diperagakan dipadang. Malah atlet sekarang bukan lagi hanya dilihat sebagai atlet semata-mata. Sebilangan mereka menjadi perhatian dunia peragaan. Dan menjadikan peragaan sebagai kerjaya sampingan yang tentukannya menguntungkan.

Lihat sahaja Michelle Wie dalam sukan golf yang cukup meminati fesyen. Michelle muncul di padang dengan mengejutkan peminatnya dengan fesyennya yang berbeza berbanding pemain lain. Bagi atlet wanita bukan halangan dan batasan mereka untuk memperagakan fesyen walaupun hanya dipadang. Yang paling penting keselesaan ketika bertanding.

Ibu Bertanggungjawab Corak Masa Depan Anak

Jika direnung gelagat anak-anak sekarang. Ct rasa ramai yang runsing dengan pelbagai gelagat mereka. Ada yang tidak gemar belajar, suka lari dari rumah, tidak suka tinggal dirumah tetapi lebih suka berseronok dengan rakan-rakan diluar, ada yang gemar ponteng sekolah dan pelbagai gejala lain yang boleh menimbulkan sakit kepala kepada ibu bapa mereka.

Sebanarnya, janganlah mudah menuding jari kepada pihak lain kerana ada kalanya berpunca daripada kegagalan ibu bapa sendiri yang kesibukan dan desakan kehidupan sekarang mengorbankan tanggungjawab mendidik dan memimpin mereka ke jalan benar. Desakan hidup menyebabkan ramai anak terbiar tanpa pemerhatian dan kasih sayang keluarga lalu mudah terdedah dan terpengaruh dengan cara kehidupan barat yang bertentangan dengan agama.

Pendek kata, urusan memastikan masa depan yang sempurna dan cemerlang bagi seorang anak mengikut islam terletak di bahu ibu. Mana-mana anak yang menzalami ibu sebenarnya telah melakukan satu dosa besar dan tidak mungkin dapat mencium syurga melainkan ibu itu memaafkan keterlanjuran anaknya. Kedudukan ibu jelas lebih tinggi daripada bapa.

Saturday, August 9, 2008

Penyamun bermusim

1musim cuti sekolah seperti biasa menjadi tumpuan masyarakat mengadakan kenduri kahwin kerana ketika itulah masa paling sesuai untuk ahli keluarga sama ada jauh atau dekat untuk berkumpul. Itu belum lagi dikira jiran, penduduk kampung atau taman, jemputan khas serta kenalan pengantin. Semuanya akan hadir dengan satu tujuan iaitu meraikan pengantin baru dan menerima pasangannya sebagai seorang daripada ahli keluarga dan masyarakat. Tetapi awas.....Berhati-hati dengan tetamu yang tidak dikenali, berlagak seolah-olah ahli keluarga ketika kenduri kahwin tetapi mempunyai niat jahat tersirat mencuri apa saja yang berkenan di hati atau memberi pulangan lumayan. Menariknya, ia berlaku di tengah-tengah hadirin penuh sesak di rumah, tetamu duduk menjamu dan sudah tentu pengantin sedang tersimpuh malu di atas pelamin.

Apa yang menarik perhatian ialah himpunan duit hantaran yang biasanya diletakkan di dalam album gambar, barang kemas atau barang bernilai seperti kamera atau apa saja yang terhidang di depan mata akan menjadi sasaran terbuka. Konsep rumah terbuka yang kebiasaan diamalkan keluarga melayu sebenarnya memberi peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk tanpa disedari atau lebih mudah dikatakan lebih berisiko berbanding jika diadakan di dewan atau hotel. Wang hantaran, barang kemas jadi sasaran. percaya atau tidak wanita paling ramai ditangkap kerana mencuri pada majlis kenduri di rumah pengantin

Masalah sosial merupakan satu fenomena dalam sebuah Negara yang membangun mahupun yang sedang membangun.Masalah ini merupakan satu ancaman terhadap kestabilan dan keamanan sebuah Negara jika tidak ditangani secara serius. Beberapa usaha telah dilakukan untuk mengatasi dan membendung masalah ini dari bermaharajalela. Gejala in semakin menjadi-jadi dan merupakan perbualan hangat di kalangan masyarakat. Jadi, bagi sedara mara korang yang nak kahwin time cuti ini diharap mengambil langkah berjaga-jaga. Kang hilang semua menangis tak berlagu le jawabnya…..

OLIMPIK bermula

Upacara pembukaan Sukan Olimpik ke-29 dibuka secara rasmi, malam tadi, dalam upacara penuh gilang- gemilang dengan kontinjen Malaysia memburu misi menunaikan harapan menggapai kilauan pingat emas sulung. Upacara pembukaan itu turut dihadiri ketua negara, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Saingan merebut 202 pingat emas daripada 28 jenis sukan yang dipertandingkan selama 17 hari itu bakal disaksikan. Setiap atlit memilik harapan yang sama untuk meraih pingat dalam temasya tersebut begitu juga dengan Negara kita Malaysia. Di sinilah kita dapat melihat kesungguhan atlit-atlit kita berjuang untuk Negara yang tercinta. Walaupun saingan yang akan dihadapi telalu sengit tapi dengan latihan dan semangat kesukanan dalam diri perkara itu dapat diatasi. Walau terpaksa bersaing untuk peroleh pingat.

Atlet ke Olimpik Beijing disifatkan sebagai yang terbaik pernah dihantar ke temasya sukan terbesar di dunia tetapi dari segi individu, ia paling berkualiti. Olimpik kali ini hanya atlet yang layak mereka terdiri daripada atlet berkelas dunia. Dengan kualiti yang dimiliki oleh atlet negara, kita mempunyai lebih peluang untuk memenangi pingat terutama dalam acara badminton, basikal trek serta memanah. Degan itu, kita rakyat Malaysia perlu memberi semangat untuk atlet beraksi sebaik mungkin.

Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Harapan Malaysia dapat peroleh lebih pingat dari yang dahulu dan mengubah rankig yang dahulu. Tak gitu….Dengan itu, doa dipanjatkan kepada atlit-atlit Malaysia supaya membawa berita baik untuk Negara dengan kejayaan yang diperoleh. AMIN

Wednesday, July 30, 2008

CHELSEA VS MALAYSIA

PLANNED PUBLICITY

Perasaan teruja dengan kehadiran kelab gergasi liga perdana inggeris (EPL) membuatkan ramai membuat persepsi sendiri tentang perlawanan ini. Boleh atau tidak? selalu bermain dikepala pemain untuk berhadapan dengan Chelsea. Tetapi kita perlu beri sokongan juga pada skuad kebangsaan untuk mereka menunjukkan kemampuan mereka untuk mengharumkan nama Negara. Jika kita tak sokong siapa lagi yang ingin buat demikian. Walaupun mereka mungkin amat tertekan kerana banyak yang memperlekehkan skuad kebangsaan. Yang mengatakan kedatangan Chelsea hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata dan untuk mengejar populariti, ada juga yang mengatakan perlawanan ini sebab nak cari corak permainan baru. Persepsi sedemikian yang selalu diterima.

Dengan itu, skuad kebangsaan perlu mangambil peluang untuk menyerlahkan bakat sebenar mereka. Walaupun mereka gagal 2-0 untuk menyaingi kehebatan Chelsea. Dengan persembahan yang menarik dapat mengurangkan buah mulut peminat. Peluang seperti ini tidak selalu datang. Sebab itu, berharap skuad kebangsaan mengambil peluang walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.Moral pemain perlu berada pada tahap terbaik untuk setiap pemain bersaing merebut tempat dalam pertemuan dengan Chelsea. Harapan yang tinggi untuk skuad kebangsaan untuk Negara terlalu besar maknanya dalam perlawanan ini.

Mangkuk Tingkat.Com

Mangkuk tingkat? Nak ke kita semua guna cara ini pada zaman sekarang. Tradisi ini semakin dilupai sekarang. Orang sekarang lebih gemar makan dikedai dari guna mangkuk tingkat. Tetapi apa yang saya sedia maklum mangkuk tingkat.com telah memberikan perkhidmatan menghantar makanan menggunakan mangkuk tingkat.

Apa yang kita tahu mangkuk tingkat ni selalu digunakan oleh pekerja kontrak dan pekebun aje. Penduduk bandar pula jarang sekali dilihat dengan menggunakan kaedah ini. Bekal tu biasalah kan. Bagi pengusaha mangkuk tingkat.com matlamat akhir adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati makanan yang murah, bersih dan enak. Pelanggan membuat tempahan melalui internet. Ni memang betul-betul maklumat dihujung jari kan. Program itu tidak bermotif keuntungan, tetapi menyediakan peluang kepada ibu tunggal sebagai part time.

Orang kita mungkin malu tetapi bukan perkara luar biasa melihat pekerja kontrak membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli. Program ini pun bagus bagi mereka yang sibuk bekerja lagi-lagi orang bujang kan. Zaman dah berubah, dunia dah maju, macam-macam ada kalau nak buat bisnes tu yang paling penting idea dan kesungguhan perlu ada. Tak gitu....bagi ct le kan kalau ramai yang guna mangkuk tingkat ni ct pun nak guna jugak. Sama-sama kita bawa mangkuk tingkat hehehe...........Sebab mangkuk tingkat ini memang menjimatkan.

Saturday, July 26, 2008

Cucu Tak Guna

Berbekalkan sebilah pisau pemotong sayur, topi keledar bercermin gelap dan sapu tangan untuk menutup muka, seorang remaja sanggup meragut rantai emas dipakai neneknya sendiri. Bayangkan lah umur baru sahaja 19 tahun tapi dah sanggup melakukan perkara ini. Yang paling sedih sekali sanggup melakukan pada neneknya sendiri. Cucu apakah ini, tergamak melakukan perkara demikian pada nenek sendiri walaupun tahu neneknya yang membesarkannya. Dapat menyifatkan tindakannya ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Remaja tersebut sepatutnya menjadi pelindung kepada nenek dan ahli keluarga bukan merompak mereka.

Subhanallah apa nak jadi dengan remaja sekarang semakin menjadi-jadi perangai mereka. Walaupun undang-undang dapat menghukum remaja ini tapi pada hakikatnya tidak. Sedar mahupun tidak remaja tersebut dengan kesalahan beliau. Adakah ada nilai keinsafan pada dirinya selepas kejadian ini berlaku. Kalau lah sesuatu yang tidak baik berlaku kerana menggunakan senjata berbahaya yang boleh membunuh Tidakkah lagi berat hukuman yang akan diterima. Satu hukuman berat berbentuk pengajaran kepada tertuduh yang tergamak menyamun neneknya sendiri perlu diberikan.

Sarawak Tarik Diri

Penarikan diri mungkin terpaksa dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dari tiga kejohanan utama bola sepak kerana gagal mendapatkan penajaan atau bantuan kewangan daripada badan atau syarikat korporat.

Jika FAS gagal mencari penaja, pasukan ini tidak dapat mengantar pasukan untuk bertanding. Disebabkan masalah kewangan FAS meruncing, persatuan ini gagal membayar gaji pemain selama 5 bulan. Dengan itu, presiden FAS juga meletakkan jawatan beliau kerana pelbagai masalah yang timbul walaupun hanya memegang jawatan itu selama 9 bulan.

Peruntukan kewangan menyebabkan kesukaran sehingga gaji tidak dibayar. Ini menyukarkan pelbagai pihak. Apa yang kita perlu fikir perlukah masalah ini berlaku lagi tiada gaji, tiada dana. Hal ini perlu diatasi segera dan mempuyai presiden yang baru secepat mungkin. Zaman dah berubah dunia dah maju, jadi perlulah tangani masalah ini secara professional sebelum perkara ini semakin tidak dapat dikawal oleh mana-mana badan sekalipun.

Friday, July 18, 2008

NS tangguh hajat Selangor sah ke suku akhir

Selangor mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia tetapi status itu tampak belum pasti lagi untuk skuad merah kuning itu andai berpandu kepada perkembangan terbaru. Disebabkan negeri sembilan memutuskan untuk mencabar keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan kemenangan 3-0 atas keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan untuk menghukum mereka kerana menurunkan pemain import Udo Fortune, menggantikan pemain Zaquan Adha Abdul Razak tidak tepat.

Secara teknikal negeri sembilan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan kerana peraturan tidak mewajibkan pemain bawah 21 tahun harus diganti dengan pemain bawah 21 tahun tempatan. Tetapi tidak menyatakan sama ada wajib digantikan dngan seorang pemain tempatan dan secara teknikal negeri sembilan mempunyai hujah kuat kerana Fortune berusia bawah 21 tahun. Jika jawatankuasa rayuan FAM menerima rayuan , keputusan yang dibuat boleh dibatalkan dan mampu memperoleh semula tiga mata yang ditarik balik.

Kekeliruan dalam isu ini dapat diselesaikan kerana peraturan tentang sukan bola sepak telah ditetapkan dan termaktub. Isu yang penting ialah untuk mengembalikan imej dan mengembalikan kegemilangan dalam bola sepak tempatan kerana kita mempunyai pemain-pemain yang bagus.

SUKMA perlu anjur acara konsisten bagi cari pelapis

Kejohanan Sukan Malaysia yang menjadi kemuncak saingan sukan peringkat kebangsaan perlu menganjurkan acara yang konsisten dan sejajar dengan persediaan negara menghadapi saingan Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Penganjuran acara sukan perlu mencerminkan saingan di peringkat lebih tinggi sejajar dengan matlamat negara bagi menghasilkan atlit bertaraf dunia. Namun penekanan perlu diberikan terhadap memastikan sukan tertentu sentiasa dikekalkan terutama membabitkan sukan teras.

Pencarian pemain supaya ramai masyarakat yang berminat menjadi barisan pelapis. Bermula dari bawah dengan mengambil pendekatan ala-ala My Team atau Soccer Kid. Pencarian bakat itu seharusnya di kemaskinikan dengan sistem baru. Akademi yang diselaraskan pendidikan formal seperti akademi bolasepak profesional di barat. Dengan itu dapat melahirkan atlit yang berwibawa.

Selain itu, perlu mengubah persepsi mereka tentang sukan. Sukan kini menjadi satu industri dan karier yang menawarkan pendapatan untuk masa depan. Belajar mengenai sukan ini adalah proses pendidikan yang lebih baik kerana pemain menerima pendedahan berterusan dan secara tidak langsung mereka mengkaji sukan tersebut. Banyak teknologi dipraktikkan menerusi sains sukan itu secara tidak sedari. Ia lebih baik dari hanya mendapat pendidikan teori tanpa pengalaman praktik.

Misbun Bimbang

Sekelumit rasa bimbang bertaut dalam sanubari Misbun Sidek apabila memperkatakan persaigan anak didiknya, Lee Chong Wei untuk memburu kilauan pingat badmiton pada temasya Sukan Olimpik di Beijing bulan depan. Segala bentuk persiapan sudahpun dirancang dan kini dilaksanakan. Untuk menang pada olimpik nanti bezanya akan hadir daripada kriteria yang kecil dan halus. Tetapi apa yang menggalakkan buat Misbun ialah komitmen dan kesungguhan Chong Wei langsung tidak jadi pertikaian. Persiapan yang konsisten dan juga pergerakan di gelanggang memang memuaskan Misbun.

Apa yang penting ialah apa yang lahir daripada hatinya. Tumpuan perlu sentiasa di gelanggang dan perlu ada motivasi yang tersemat dalam diri ini amat digalakkan. Chong Wei berdasarkan prestasi terkini, memang jadi harapan utama untuk memenagi pingat buat negara selaku pilihan kedua perseorangan lelaki apabila undian dibuat. Ini tidak boleh diambil mudah kerana sukan olimpik menghimpunkan juara pelbagai kejohanan prestasinya baik untuk menjuarai Terbuka Singapura.

Harapan yang tinggi Misbun terhadap Chong Wei terlalu tinggi bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Strategi dan tektik perlu dirancang awal bagi membolehkan semuanya teratur.

Chunlai atau Chen Jin halangan Chong Wei

Kedudukan selaku pilihan kedua perseorangan lelaki sukan olimpik akan memberikan Lee Chong Wei laluan yang mudah apabila proses undian dilakukan 26 Julai ini, sekaligus membuka peluangnya meraih pingat di temasya itu.

Dengan kedudukan pemain pilihan bagi temasya olimpik itu adalah berdasarkan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 1 Mei lalu, Chong Wei bakal diberikan kedudukan selaku pilihan kedua, dengan pemain tuan rumah, Lin Dan berada pada kedudukan nombor satu. Namun, dengan China mempunyai tiga pemain perseorangan dalam temasya itu, Chong Wei mungkin mendapati dirinya terpaksa berdepan dengan pemain ketiga dunia, Boa Chunlai ataupun juara Seluruh England 2007, Chen Jin yang menduduki ranking keempat dunia.

Sudah tentu kita mengharapkan undian yang bagus buat Chong Wei dan juga pemain kita yang lain. Chong Wei akan berdepan dengan Bao, pemain china yang tampak begitu kental kebelakangan ini dan pemain negara pasti berdepan masalah untuk menewaskannya, berbanding jika diletakkan dalam kelompok bersama Chen Jin. Namun semangat dan keyakinan Chong Wei kini pada tahap tertinggi ketika ini selepas meniti saigan Piala Thomas dengan cemerlang tanpa sebarang kekalahan termasuk kemenangan dua set ke ats Lin Dan di separuh akhir serta kemenangan bergaya di Terbuka Singapura.

Persaingan yang sihat bagus bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam sukan. Dengan adanya persaingan pemain akan sedaya upaya melakukan hanya yang terbaik dalam pertandingan untuk meraih pingat dan sekaligus dapat menaikkan nama Malaysia. Hal ini, menunjukkan Malaysia mempunyai pemain badmintan yang profresional yang terdiri dari kedudukan ranking dunia. Malaysia bangga dengan adanya pemain sedemikian.

Tuesday, July 15, 2008

SAPPORO DOME

Sapporo Dome conducted an international competition for the design of an all weather dome on the outskirts of the city. The new building had to include a professional grade baseball diamond and be able to host events such as rock concerts and large exhibitions.

Sapporo Dome have two arenas, one indoors and one outdoors. The domes aerodynamic form grew out of the need for a roof that could not only withstand and deflect the snow but also shelter a vast, column free space. The dome's flat end opens onto the outdoor stadium. Here an internal bridge and tension cables complete the structural loop by channeling loads to either side. While sheets of glass seal the bridge double deck slot of space, moving wall underneath opens up like traditional Japanese sliding doors to let the soccer field pass through at ground level.

While rolling out synthetic turf and adding a feke pitchers mound are all it takes to turn the arena into a baseball field, the conversion to soccer mode literally glides from outdoors to indoors like a magic carpet.

From time to time world have developed with the new technology. Have a lots of idea to construct buildings with something new and sophisticated. Most of the architecture and design for the stadium is something different because have a climatic condition and solve the problem they have.

Kerjaya DASAR LAUT

Penyelam komersial menggunakan sangkar besi untuk turun ke dasar laut Anuar Saidon 40, sudah timbul minat dalam dirinya untuk belajar dan merasai sendiri nikmat menyelam dalam air. Mungkin rezeki beliau cukup bertuah kerana guru yang mengajar teknik menyelam ialah bekas komando , Datuk Rahim Dahalan.

Kemahiran yang dimilikinya memberi pulangan pendapatan lumayan apabila secara serius terbabit dalam kegiatan menyelam secara komersial untuk menjalankan kerja membaik pulih, pemasangan paip cari gali minyak didasar laut atau memeriksa kabel telekomunikasi.

Anuar perlu berbangga kepada dirinya sendiri kerana hobinya berbaloi dan memberi kesan besar dalam industri cari gali minyak negara dan antarabangsa, sesuatu yang berbeza dengan kegiatan menyelam untuk riadah atau melancong melihat keindahan alam. kini beliau selaku perunding projek bawah air melalui syarikatnya, Asian Divers & Equipment menyediakan kemudahan khidmat pakar dan peralatan untuk syarikat cari gali di seluruh dunia.

Cabaran kepada anak muda masa kini yang mendakwa sering bergaduh, lumba haram atau mat rempit supaya menyertai kerjaya ini.Hal ini membolehkan anak muda mendapat pulangan yang lumayan bahkan meninggalkan terus kegiatan tidak berfaedah sebaliknya menumpukan kepada kerjaya yang mencabar ini. Anak muda yang mempunyai tenaga yang kuat cuma perlu diberikan tunkuk ajar bagi memahirkan beliau. Walaupun dulu mereka hanya berkerja kilang dam hanya peroleh pendapatan RM 40 sehari, sekarang bayaran yang diterima sekurang-kurangnya minimum RM500 sehari.

Dengan itu, kita telah membuktikan kepada syarikat cari gali tempatan dan antarabangsa bahawa Malaysia memang memiliki pakar berbangsa melayu dalam bidang itu. Betul tak?