Friday, July 18, 2008

Chunlai atau Chen Jin halangan Chong Wei

Kedudukan selaku pilihan kedua perseorangan lelaki sukan olimpik akan memberikan Lee Chong Wei laluan yang mudah apabila proses undian dilakukan 26 Julai ini, sekaligus membuka peluangnya meraih pingat di temasya itu.

Dengan kedudukan pemain pilihan bagi temasya olimpik itu adalah berdasarkan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 1 Mei lalu, Chong Wei bakal diberikan kedudukan selaku pilihan kedua, dengan pemain tuan rumah, Lin Dan berada pada kedudukan nombor satu. Namun, dengan China mempunyai tiga pemain perseorangan dalam temasya itu, Chong Wei mungkin mendapati dirinya terpaksa berdepan dengan pemain ketiga dunia, Boa Chunlai ataupun juara Seluruh England 2007, Chen Jin yang menduduki ranking keempat dunia.

Sudah tentu kita mengharapkan undian yang bagus buat Chong Wei dan juga pemain kita yang lain. Chong Wei akan berdepan dengan Bao, pemain china yang tampak begitu kental kebelakangan ini dan pemain negara pasti berdepan masalah untuk menewaskannya, berbanding jika diletakkan dalam kelompok bersama Chen Jin. Namun semangat dan keyakinan Chong Wei kini pada tahap tertinggi ketika ini selepas meniti saigan Piala Thomas dengan cemerlang tanpa sebarang kekalahan termasuk kemenangan dua set ke ats Lin Dan di separuh akhir serta kemenangan bergaya di Terbuka Singapura.

Persaingan yang sihat bagus bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam sukan. Dengan adanya persaingan pemain akan sedaya upaya melakukan hanya yang terbaik dalam pertandingan untuk meraih pingat dan sekaligus dapat menaikkan nama Malaysia. Hal ini, menunjukkan Malaysia mempunyai pemain badmintan yang profresional yang terdiri dari kedudukan ranking dunia. Malaysia bangga dengan adanya pemain sedemikian.