Friday, October 24, 2008

TUAH….

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Malaysia berusia 29 tahun telah mengharungi pelbagai masalah ketika saingan di China dua tahun lepas di mana dia berhadapan dengan masalah yang paling sukar. Disebabkan banyak pengalaman pahit di Litar Zhuhai, Ahmad Fuad amat berharap dia tidak lagi dibelenggu nasib malang sebaliknya meraih keputusan positif dalam memperkukuhkan lagi posisinya dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan.

Fuad percaya tahun ini adalah peluangnya untuk meraih gelaran juara SuperSports 600cc dan berikrar akan berusaha keras untuk mencapai sasarannya. Segalanya seakan terarah kepada beliau dan beliau tidak harus melepaskan peluang ini tercicir lagi.

Beliau perlu berusaha dan mempertingkatkan tahap kecergasan selepas dua bulan berehat panjang pada Ramadhan dan Syawal lalu. Fuad perlukan kecergasan fizikal bagi memastikan beliau cukup bersedia untuk memberi tentangan kepada pencabar utama beliau Hamaguchi.

Perhatian sepenuhnya perlu diberikan bagi melakukan tugas dengan sempurna dan berusaha meraih lebih banyak mata kejuaraan. aSemoga dengan penggunaan jentera Yamaha R6 2008 segalanya akan berjalan lancar untuk keputusan yang terbaik di Litar Antarabangsa Zhuhai.

No comments: