Friday, July 18, 2008

NS tangguh hajat Selangor sah ke suku akhir

Selangor mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia tetapi status itu tampak belum pasti lagi untuk skuad merah kuning itu andai berpandu kepada perkembangan terbaru. Disebabkan negeri sembilan memutuskan untuk mencabar keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan kemenangan 3-0 atas keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan untuk menghukum mereka kerana menurunkan pemain import Udo Fortune, menggantikan pemain Zaquan Adha Abdul Razak tidak tepat.

Secara teknikal negeri sembilan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan kerana peraturan tidak mewajibkan pemain bawah 21 tahun harus diganti dengan pemain bawah 21 tahun tempatan. Tetapi tidak menyatakan sama ada wajib digantikan dngan seorang pemain tempatan dan secara teknikal negeri sembilan mempunyai hujah kuat kerana Fortune berusia bawah 21 tahun. Jika jawatankuasa rayuan FAM menerima rayuan , keputusan yang dibuat boleh dibatalkan dan mampu memperoleh semula tiga mata yang ditarik balik.

Kekeliruan dalam isu ini dapat diselesaikan kerana peraturan tentang sukan bola sepak telah ditetapkan dan termaktub. Isu yang penting ialah untuk mengembalikan imej dan mengembalikan kegemilangan dalam bola sepak tempatan kerana kita mempunyai pemain-pemain yang bagus.

4 comments:

yokohamarinos said...

ehe... mcm2, kalo bnda kecik cmni pun xdpt selesai, smpai bila bola kita nak maju... xgitu cik aishah?

aiShaH said...

Isu sebegini yg banyak melembabkan perjalanan sukan di negara kita

lincah_kadok said...

aha.betol tu encik RED. mgkin Malaysia perlukan encik RED sbg menteri belia dah SOKAN yg baru,hehehe...x g2 cik ct?

yokohamarinos said...

haha... undilah sy... bekerja bersama saya, bukan kerja dgn saya...