Saturday, July 26, 2008

Sarawak Tarik Diri

Penarikan diri mungkin terpaksa dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dari tiga kejohanan utama bola sepak kerana gagal mendapatkan penajaan atau bantuan kewangan daripada badan atau syarikat korporat.

Jika FAS gagal mencari penaja, pasukan ini tidak dapat mengantar pasukan untuk bertanding. Disebabkan masalah kewangan FAS meruncing, persatuan ini gagal membayar gaji pemain selama 5 bulan. Dengan itu, presiden FAS juga meletakkan jawatan beliau kerana pelbagai masalah yang timbul walaupun hanya memegang jawatan itu selama 9 bulan.

Peruntukan kewangan menyebabkan kesukaran sehingga gaji tidak dibayar. Ini menyukarkan pelbagai pihak. Apa yang kita perlu fikir perlukah masalah ini berlaku lagi tiada gaji, tiada dana. Hal ini perlu diatasi segera dan mempuyai presiden yang baru secepat mungkin. Zaman dah berubah dunia dah maju, jadi perlulah tangani masalah ini secara professional sebelum perkara ini semakin tidak dapat dikawal oleh mana-mana badan sekalipun.

2 comments:

lincah_kadok said...

hehe..kesian. aku ingat pasukan kelantan je miskin. stadium pun buruk. rupanya ada lagi pasukan lain yg malang.hehe.. suruh la FAS jual mana2 kayu balak yg ada kat hutan simpan diorg yg luas tu.hehehe

yokohamarinos said...

zaman mmg da berubah, dunia mmg da maju... tp mentaliti manusia he xubah2... hehe... korupsi dianggap rezeki...