Friday, July 18, 2008

SUKMA perlu anjur acara konsisten bagi cari pelapis

Kejohanan Sukan Malaysia yang menjadi kemuncak saingan sukan peringkat kebangsaan perlu menganjurkan acara yang konsisten dan sejajar dengan persediaan negara menghadapi saingan Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Penganjuran acara sukan perlu mencerminkan saingan di peringkat lebih tinggi sejajar dengan matlamat negara bagi menghasilkan atlit bertaraf dunia. Namun penekanan perlu diberikan terhadap memastikan sukan tertentu sentiasa dikekalkan terutama membabitkan sukan teras.

Pencarian pemain supaya ramai masyarakat yang berminat menjadi barisan pelapis. Bermula dari bawah dengan mengambil pendekatan ala-ala My Team atau Soccer Kid. Pencarian bakat itu seharusnya di kemaskinikan dengan sistem baru. Akademi yang diselaraskan pendidikan formal seperti akademi bolasepak profesional di barat. Dengan itu dapat melahirkan atlit yang berwibawa.

Selain itu, perlu mengubah persepsi mereka tentang sukan. Sukan kini menjadi satu industri dan karier yang menawarkan pendapatan untuk masa depan. Belajar mengenai sukan ini adalah proses pendidikan yang lebih baik kerana pemain menerima pendedahan berterusan dan secara tidak langsung mereka mengkaji sukan tersebut. Banyak teknologi dipraktikkan menerusi sains sukan itu secara tidak sedari. Ia lebih baik dari hanya mendapat pendidikan teori tanpa pengalaman praktik.

No comments: