Wednesday, August 27, 2008

seksual menganggu sukan!!

Kita patut memuji tindakan berani atlet-atlet wanita kebangsaan yang tampil membuat pendedahan salah laku moral seorang pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Hal ini, badan yang berkaitan perlu peka dan mengambil tindakan segera terhadap aduan atlet tersebut. Tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat perlu diambil supaya kejadian yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

Langkah-langkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga nama baik institusi sukan dan akhlak manusia di negara ini. Kita tidak mahu negara ini berlaku perkara seperti ini. MALU.... yang akan dilabelkan pada negara kita jika kegiatan seperti ini terjadi. Kita mahu negara ini kelak diwakili oleh pegawai dan atlet yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara.

Kita berharap dapat mengesan siapa yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka pengadilan dengan segera. Kita berharap agar atlet terutama perempuan tidak mengalami nasib seperti itu. Jangan sampai pisang berbuah dua kali…masalah seperti ini tidak mungkin berulang lagi pada masa depan.

3 comments:

watch out!!!! said...

ini lah dunia kita hari ini..
makin maju makin menakutkan..,hari ini kita bukan lagi takut pada hantu...
tapi...
manusia lagi menakutkan
dimana2 tempat juga tidak selamat,
di rumah, tmpt keja, sekolah, tmpt awam ape lagi....
so,
sama2 la kita elert dengan benda2 ganguan ni,,,
jangan sampai jadi mangsa yang tidak terbela!!!!!!!!!!!

yokohamarinos said...

diharap isu ini tidak berlanjutan smpai bertahun.... xkn nak tggu smpai ada atlet yg bunting baru ada tindakan tegas... kang semua takut nak wakil negara...

lincah_kadok said...

apa la nak jadi dengan sukan negara kita ni... dah la lambat untuk berkembang, ada lagi orang yg mahu mencemari dunia sukan kita... bak kata ex-coach volibol kebangsaan "ur mind must be conscious and clear about this matter when u be a coach someday"..